APA ITU TERAPI ??


Asal usul terapi



Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon"



Oleh itu terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit.


Apa itu terapi??


Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.



Menurut kamus perubatan Mosby (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.


Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.



Konsep terapi dalam Pendidikan Khas


Konsep terapi dalam pendidikan khas adalah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan yang tersebut di atas.




Terapi dalam pendidikan khas adalah salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. 


Keperluan terapi utk murid PK
  • Kesediaan utk belajar dr segi mental,fizikal,emosi dan sosialisasi
  • Ketahanan diri utk belajar/bekerja dlm jangka masa yg lama
  • Sebagai motivasi kpd murid
  • Membina konsep kendiri
  • Merangsang pengalian darah dan oksigen
  • Meningkatkan komunikasi


Kepentingan terapi
  • Meningkatkan kemahiran pengamatan (pendengaran dan penglihatan)
  • Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid.
  • Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri.
  • Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
  • Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
  • Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
  • Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
  • Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan.

Proses terapi
  • Asessment/penilaian keperluan
  • Perancangan tujuan/hasil
  • Rawatan
  • Penilaian progres

No comments:

Post a Comment