Saturday, 29 March 2014

TERAPI PERTUTURAN


  • Dilakukan utk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik

  • Masalah dalam menghasilkan bunyi dan ketidakupayaan memahamiatau membina ayat utk memberi idea.

  • Dilakukan kepada
    • Kanak-kanak lewat pertuturan(speech delay)
    • Bibir /lelangit sumbing
    • Kanak-kanak dgn masalah pertuturan khusus(autisma,CP,down syndrom)
    • Gagap dan sengau
    • Pesakit stroke

  • Punca masalah
    • Masalah pendengaran
    • Kognitif(daya pemikiran)/ lewat perkembangan
    • Otot lisan lemah
    • Kecacatan masa lahir
    • Masalah pernafasan
    • Kecederaan otak
    • Masalah dalam proses penelan makanan

  • Strategi pemulihan
    • Aktiviti intervensi bahasa
    • Terapi artikulasi
    • Terapi motor lisan

  • Aktiviti yang boleh dilakukan
    • Menggerakkan lidah (atas,bawah,kiri,kanan)
    • Membunyikan vokal dengan panjang
    • Aktiviti senaman muka dan mulut: menguap,mengunyah(tengah,kiri,kanan)
    • Meniup belon
    • Meniup warna air pd kertas guna straw
    • Tiup bola pingpong dlm bekas berisi air
    • ‘Tounge twister’

TERAPI PERTUTURAN







TERAPI SNOEZELEN

  • Terapi stimulasi multisensori(visual,auditori,taktile,pembauan) yang digunakan utk kanak-kanak masalah mental,autisma, cedera otak dan masalah perkembangan fizikal
  • Dirancang utk memberi stimulus pada berbagai pancaindera dengan menggunakan efek lampu,suara,muzik,bau dll.
  • Suasana utk terapi ini mestilah kondusif,tenang,rekreasional dan tidak mengancam
  • Dapat membina kawalan diri yang lebih baik, peningkatan rasa percaya kepada diri dan mengurangkan stress.
  • Aktiviti yg boleh dijalankan
    • Berbaring,bermain dan memeluk bantal
    • Menikmati buaian
    • Dengar muzik instrumental
    • Buat suara lucu dgn alat khusus
    • Bermain dgn tangga/cermin
    • Perhatikan pola lampu berkelip-kelip
    • Menyelam di kolam mandi

BILIK TERAPI SNOEZELEN








TERAPI HAIWAN

  • Haiwan peliharaan yang terdiri daripada binatang seperti kucing, anjing, burung, ikan, kuda biasanya digunakan dalam terapi ini.

  • Membantu dalam masalah psikologi, mental, emosional, lemah fizikal, kemampuan berbahasa dan bertutur serta autisme.( terapi berkuda)
  • Tujuan terapi haiwan
    • Melatih rasa tanggung jawab dan kasih sayang
    • Mengurangkan kadar kemarahan
    • Tingkatkan semangat dan belaian kasih sayang
    • Melatih kawalan emosi diri
    • Melatih sifat berdikari dan memotivasi diri sendiri
    • Tingkatkan tahap komunikasi

TERAPI BERKUDA





TERAPI PASIR

  • memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan
  • penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks
  • pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan
  • pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.
  • Tujuan terapi pasir
    • Melatih daya kreativiti kanak-kanak
    • Menghilangkan rasa marah
    • Percaya kepada diri sendiri utk mencipta sesuatu
    • Meningkatkan keyakinan diri
    • Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

TERAPI PASIR







TERAPI FLOORTIME

  • Menggunakan segala keupayaan kanak-kanak menerusi interaksi yang dirancang sesuai dengan sistem saraf kanak-kanakdalam suasana yang menyeronokkan
  • Mengikut kehendak dan kegemaran kanak-kanak
  • Boleh dilaksanakan oleh ibu bapa/individu dengan pengalaman yang minima dan menyeronokkan
  • Knak-kanak dapat meningkatkan dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka
  • 6 peringkat asas perkembangan:
    • Self regulation and interest in the world
    • Intimacy or a special love for the world of human relation
    • Komunikasi 2 hala
    • Komunikasi kompleks
    • Emotional idea
    • Emotional thinking
TERAPI FLOORTIME








TERAPI OZON

  • Dikenalpasti sebagai satu terapi yg amat selamat tnpa kesan sampingan
  • Berguna utk tujuan pencegahan pelbagai penyakit
  • Awalnya digunakan utk merawat luka yang dijangkiti kanser
  • Medical ozon iaitu campuran ozon dan hidrogen yang dihasilkan dlm bentuk gas digunakan.
  • Menghapuskan pelbagai virus,yis,fugus dan protozoa
  • Tujuan terapi ozon
    • Tingkatkan pertahanan badan
    • Bersihkan darah
    • Normalkan proses penghasilan hormon dan enzim
    • Kurangkan keradangan
    • Menenangkan sistem saraf
    • Memberhentikan pendarahan
TERAPI OZON




TERAPI HERBA

  • Herba adalah segala bahan ( tumbuhan,haiwan,ikan,garam/batuan) yang mengandungi satuatau beberapa bahan aktif yang dapat digunakan utk tujuan pengubatan.
  • Mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekadar utk sembuhkan penyakit
  • Dilakukan secara sinergi (tidak berasingan,diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza dr herba yg telah digunakan)
  • Tujuan dilakukan sinergi
    • cepatkan penyembuhan
    • tambah khasiat ubat
    • kurangkan sifat kekuatan ubat
    • hilangkan efek sampingan
    • proses terapi herba
      • Release(mengeluarkan) – racun dan toksid dikeluarkan dr badan
      • Relax(merehatkan) – badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil,alkali dan asid dlm tahap paling baik agar dpt bantu sistem imunisasi.
      • Regeneration(pembinaan semula) – ganti sel-sel yang mati dengan baru
      • Refunction(mengembalikan fungsi) – organ kembali berfungsi secara normal


CONTOH HERBA YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM 

TERAPI HERBA






TERAPI AROMA

  • Dapat mengurangkan stres, menenangkan fikiran dan membangkitkan semangat dan ghairah.
  • Dipercayai dapat membersihkan racun/toksid dalam tubuh
  • Jenis dan manfaat aroma terapi
    • Citronella – kurangkan ketegangan,meredakan hidung tersumbat
    • Lavender – memudahkan tidur,meredakan kegelisahan
    • Teh hijau – perbaiki sistem peredaran darah,membersihkan paru-paru
    • Rose – baiki metabolisma dan sistem peredaran darah,seimbangkan hormon
    • Green apple – menyembuhkan mabuk,menguatkan sistem pencernaan
    • Lemon  kurangkan stress dan anti depresi, meningkatkan mood


CONTOH ALAT TERAPI AROMA







TERAPI FISIO

  • Dilakukan utk membantu kembangkan kemampuan motor kasar.
  • Membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya.
  • Meliputi otot-otot besar pada badan. (bejalan,berlari,melompat,menendang)
  • Tumpuan utama -pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak dengan baik
  • Aktiviti fisio terapi ( menggunakan alatan :bola )
    • Berlari ke arah bola
    • Melantun bola ke lantai
    • Membaling bola
    • Menyambut bola
    • Menggelek bola guna kaki
VIDEO TERAPI FISIO




TERAPI CARA KERJA

  • Dilakukan untuk membantu seseorang menguasai kemahiran motor halus dengan lebih baik
  • Kemampuan sesorang utk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil yang ada
  • Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan/kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur
  • Aktiviti yg boleh dibuat
    • Menulis
    • Melukis
    • Menggunting dan menampal
    • Membutang baju
    • Mengikat tali kasut
    • Melipat baju
    • Membuat rantai manik
Antara aktiviti Terapi Cara Kerja ialah: 







TERAPI HIDRO

  • Menggunakan air sebagai medium semulajadi utk meringankan/mengubah keadaan sediaada kpd yg lebih baik
  • Dilakukan dlm 3 bentuk ( padat ’ketulan ais’,cecair,wap)
  • Sesuai utk perkembangan fizikal, pergerakan motor kasar&halus serta mental
  • Otot dan otak dirangsang kerana pergerakan dlm air lebih mudah dan meredakan ketegangan dan rasa sakit
  • Elemen penting dlm terapi hidro
    • Keselamatan di air
    • Apungan
    • Berenang
    • Pernafasan
  • Faedah terapi hidro
    • Air panas meregangkan dan dapat stimulasi sistem pertahanan badan
    • Air sejuk dapat mengurangkan radang
    • Merawat masalah pernafasan
    • Memberikan keyakinan dan motivasi
    • Merangsang pergerakan
    • Mengurangkan ketegangan otot
    • Meningkatkan kecergasan kardiovaskular
  • Langkah keselamatan
    • Aktiviti regangan sebelum masuk ke air
    • Pastikan paras air yg sesuai utk murid
    • Alatan yang sesuai digunakan
    • Pakaian yang sesuai
    • Kawalan guru yang lebih
    • Aktiviti yang boleh dilakukan
    • Regangan dan pemanasan badan.
    • Penyesuaian diri dengan air.
    • Membina keyakinan diri.
    • Menguatkan motor kasar(kaki).
    • Kawalan Pernafasan.
    • Kayuhan kaki dan imbangan.
    • Berjalan di dalam air dan apungan.
    • Berjalan sambil menguak tangan.

VIDEO TERAPI HIDRO


Friday, 28 March 2014

TERAPI MAIN

  • Membantu murid menunjukkan komitmen/kesungguhan dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan
  • Kanak-kanak secara aktif memaparkan dunia sebenar imaginasi mereka
  • Penerokaan wujud semasa bermain yang melahirkan pengalaman baru
  • Tujuan terapi main
    • Mengurangkan masalah T/L dan emosi
    • Meningkatkan komunikasi, persefahaman dan ekspresi verbal
    • Mampu menilai diri sendiri
    • Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
    • Merawat gangguan perkembangan normal
  • Perbezaan terapi main dengan bermain. Terapi main :
    • Mempunyai objektif yang ditetapkan
    • Mempunyai perancangan awal
    • Mempunyai kawalan spesifik
    • Menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif
    • Mengikut masa yang telah ditetapkan

Salah satu jenis terapi main ialah terapi main boling : 










VIDEO TERAPI BOLING



TERAPI PERGERAKAN KREATIF


  • Membantu kanak-kanak meningkatkan perkembangan menyeluruh mereka
  • Memberi tumpuan kepada penggunaan sepenuhnya pancaindera yang memberi peluang kpd kanak-kanak utk meneroka persekitarannya secara semulajadi
  • Melalui pengalaman kinestatik yg diperolehi, kanak-kanak akn memperolehi pengalaman dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
  • Antara aktiviti yg boleh dilakukan
    • Gimrama
    • Tarian moden
    • Tarian tradisional
    • Pergerakan berkumpulan dan berpasangan ( cap kali cap)
    • Tiru gaya haiwan bergerak

Dibawah ini merupakan salah satu contoh aktiviti yang boleh digunakan untuk terapi pergerakan kreatif :

LEFT AND RIGHT



Video Asal


TERAPI MUZIK DAN NYANYIAN

  • Menggunakan muzik utk pemulihan,pemeliharaan, dan peningkatan teraf kesihatan mental dan fizikal
  • Perubahan dr segi kognitif,sosial dan emosi dpt dicapai dengan teknik tertentu
  • Objektif terapi
    • Pengurusan T/L
    • Tingkatkn penglahiran perasaan
    • Tingkatkan harga diri
    • Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
    • Kembangkan emosi
    • Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal
    • Latih pertuturan
    • Aktiviti terapi muzik
      • Membuat pergerakan mengikut lagu
      • Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )
      • Bermain berlatar belakangkan muzik
      • Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik
      • Latihan praktikal guna alat bunyian
Dibawah ini merupakan salah satu contoh aktiviti yang boleh dijalankan sebagai terapi Muzik dan Nyanyian dengan menggunakan alatan.

LAGU MARI BELAJAR TAMBAH

SATU TAMBAH SATU DUA,
DUA TAMBAH DUA EMPAT,
TIGA TAMBAH TIGA ENAM,
EMPAT TAMBAH EMPAT LAPAN . (ULANG 2X)

MARI BELAJAR SAMA,
JANGAN BERMAIN SAJA,
KALAU DAH PANDAI SEMUA,
TEPUKLAH SAMA-SAMA....




TERAPI SENI VISUAL

  • Menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk

  • Kepentingan –
    • Menyelesaikan konflik emosi
    • Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
    • Membina kemahiran sosial
    • Mengubah tingkah laku
    • Membina strategi penyelesaian masalah
    • Meningkatkan kemahirn penguasaan hidup
    • Memperbaiki kognitif, sosial, dan kemahiran interpersonal dan memperbaiki kepuasan diri.
    • Aktiviti yang boleh dilakukan
      • Catan
      • Ikatan dan Celupan (Tie and Die)
      • Kolaj dan asemblaj
      • Reka bentuk
      • Anyaman
      • Kraftangan
      • Pengubahsuaian alat utk jadikan benda lain

Salah satu contoh aktiviti terapi seni visual ialah Ikatan Dan Celupan "TIE AND DIE"

sediakan kain putih dan gulungkan seperti dalam gambar

ikatkan beberapa utas getah seperti dalam gambar



sediakan beberapa jenis warna dan jiruskan warna-warna tersebut seperti dalam gambar





biarkan kering di bawah matahari selama beberapa jam




inilah hasilnya


-selamat mencuba-